BERPIKIR
Proses Berfikir
adalah kecekapan menggunakan akal menjalankan proses pemikiran / kemahiran
berfikir. Seseorang yang memperolehi kemahiran berfikir sanggup dan cekap dalam
menyusun perbincangan, konsep atau idea secara yang teratur dan membuat
kesimpulan atau keputusan yang tepat untuk tindakan yang terarah dan
sewajarnya.
KONSEP BERPIKIR
Edward de Bono ( 1976 )
- Kemahiran berfikir ini membolehkan manusia melihat
pelbagai perspektif untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi tertentu.
Dewey ( 1910 ) menegaskan :
- Pemikiran yang dihasilkan adalah kerana terdapat situasi
keraguan atau masalah tertimbul. Pemikiran merupakan aktiviti psikologikal
dalam sesuatu proses yang dialami untuk digunakan menyelesaikan masalah dalam
situasi yang dihadapi.
Menurut pandangan Islam, berfikir ialah fungsi akal yang
memerhatikan tenaga supaya otak manusia dapat bekerja dan beroperasi. Tenaga
ini diperolehi melalui tafakur.
Berdasarkan
pandangan dan definisi yang dihuraikan Konsep Pemikiran bolehlah dirumus
sebagai :
“ Pemikiran ialah satu proses yang menggunakan pikiran untuk
mencari makna dan penyelesaian terhadap sesuatu keraguan atau masalah yang
timbul dengan menggunakan berbagai cara yaitu membuat pertimbangan dan
keputusan serta refleksi yang logikal dan perbincangan terhadap proses yang
dialami.
PROSES BERFIKIR
Berfikir melibatkan pengendalian operasi mental tertentu
dalam minda seseorang. Operasi terbagi kepada 2 jenis yaitu :
Operasi Kognitif
- adalah kemahiran berfikir yang sering kita gunakan setiap
hari, seperti mengelas, membanding, membuat urutan dan lain-lain.
Operasi Meta kognitif
- merupakan operasi yang mengarah dan mengawal kemahiran
dalam proses kognitif iaitu memandu dan membimbing segala aktiviti pemikiran
manusia di antara komponen-komponen berfikir.
PRINSIP KEMAHIRAN BERFIKIR
Sentiasa bersikap kostektif iaitu mempunyai sikap positif
bagi semua jenis kemahiran berfikir dan elakkan dari bersikap negatif.
Berfikir secara perlahan-lahan dan sentiasa berfikir secara
mudah.
Melupakan rasa ego, kita perlu mengikis perasaan ego kita
jika inginkan setiap kemahiran berfikir yang digunakan itu dapat manafaatnya.
Sentiasa menukar arah otak kita berfikir iaitu, bila kita
perlukan berfikir secara logik, kreatif dan lateral. Kita juga perlu
menggunakan pelbagai kemahiran berfikir untuk menyelesaikan masalah dan membuat
keputusan.
Tentukan tujuan kita berfikir dan sering bertanyakan diri
sendiri tujuan dan apakah hasil yang diharapkan.
Perlu mengambil kira emosi dan perasaan orang lain serta
diri sendiri sewaktu berfikir.
Kita perlu memikirkan alternatif lain sebelum kita membuat
keputusan yang lebih baik. Setiap idea perlulah dilihat secara global supaya
perincian kita tidak lari atau melencong dari skop atau landasan yang sebenar.
Setiap pemikiran haruslah di akhiri dengan tindakan yang seharusnya
mendatangkan kesan yang baik pada orang lain.
ALAT BERFIKIR
- Penguasaan murid terutama dalam kemahiran berfikir menjadi
lebih berkesan melalui penggunaan alat berfikir yang sesuai semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berjalan. Contoh alat berfikir yang biasa digunakan
ialah pengurusan grafik, peta minda dan alat CORT. Ia dapat membantu murid bagi
mengimbas kembali maklumat berkaitan yang boleh digunakan untuk membantu
mengabungkan maklumat-maklumat baru.
JENIS-JENIS PEMIKIRAN
Pemikiran Konvergen
- Mengikut Guilfort 1976, pemikiran konvergen ialah salah
satu jenis daya berfikir. Beliau melihat pemikiran konvergen sebagai daya
berfikir yang membolehkan seseorang menggunakan pengetahuan sedia ada dengan
integrasi logik dan susunan demi menghasilkan idea atau jawapan yang lazim.
Penyelesaian masalah juga dilakukan berdasarkan pengetahuan, pengalaman,
peraturan prinsip, teori, hukum atau rumus yang sedia ada. Pemikiran konvergen
tertumpu ke arah mencari satu jawaban atau satu cara tertentu dikenali sebagai
pemikiran tertumpu atau pemikiran berpandu. Ia juga disebut pemikiran
penaakulan atau pemikiran kritis.
Proses pemikiran yang terlibat dalam menjawab soalan ini
ialah menenangkan, menyatakan, membanding dan membedakan.
Pemikiran Konvergen berdasarkan pengetahuan / pengalaman
yang telah ada.
Jawaban Tunggal
Masalah Tertutup
Pemikiran Divergen.
- Dikenali sebagai pemikiran bercapah dan memerlukan
seseorang itu berfikir secara kreatif tentang sesuatu maklumat. Ia merujuk
kepada berfikir dalam penyelesaian sesuatu masalah dari berbagai-bagai sudut.
Menurut Davidoff (1976), pemikiran divergen memerlukan jawapan yang banyak dan
berbagai. Idea yang terhasil juga asli dan bernilai. Individu yang berfikiran
divergen diangap individu yang kreatif. Ia juga dikenali sebagai pemikiran
mendaar atau lateral dan mempunyai unsur intuisi akal supaya masalah terbuka
dapat diselesaikan dengan berbagai cara yang unik dan luar biasa.
Pemikiran Reflektif
- Menurut Birchall (1992) pemikiran reflektif memerlukan
penggunaan pengalaman-pengalaman sedia ada untuk menimbang
kemungkinan-kemungkinan tindakan alternatif yang boleh jaya untuk mencapai
objektif penyelesaian masalah serta menetapkan keputusan bagi tindakan
seterusnya.
Wilson J & Wing Jan L (1993) berpendapat pemikiran
reflektif adalah berhubung rapat dengan aspek-aspek pemikiran yang lain.
Pemikiran Kritis dan Kreatif
Renungan kembali Refleksi Pemikiran Meta kognitif
Perkaitan dengan pengalaman-pengalaman sedia ada
Sumber : http://rumthe.wordpress.com/2011/05/24/definisi-proses-berfikir/
BERNALAR
Penalaran adalah proses berpikir yang bertolak dari
pengamatan indera yang menghasilkan sejumlah konsep dan pengertian. Berdasarkan
pengamatan yang sejenis juga akan terbentuk proposisi – proposisi yang sejenis,
berdasarkan sejumlah proposisi yang diketahui atau dianggap benar, orang
menyimpulkan sebuah proposisi baru yang sebelumnya tidak diketahui.
Penalaran juga merupakan aktivitas pikiran yang abstrak,
untuk mewujudkannya diperlukan simbol. Simbol atau lambang yang digunakan dalam
penalaran berbentuk bahasa, sehingga wujud penalaran akan akan berupa argumen.
Menulis adalah suatu kegiatan menciptakan suatu catatan atau
informasi pada suatu media. Untuk dapat menulis mengenai suatu topic kita harus
pandai pada sebuah yang dapat menghubung-hubungkannya dalam sebuah fakta.
Kegiatan ini mingkin tidak dapat terkendali, karan bisa saja menilis dilakuan
saat kita melamun, tapi kegiatan menulis lebih tinggi dilakukan kita secara
sadar, yang tersusun dalam hubungan yang saling berkaitan, dan bertujuan untuk
sampai kepada kesimpulan yang kita maksudkan. Jenis kegiatan berpikir vang
terakhir inilah yang disebut kegiatan bernalar.
Berdasarkan uraian diatas dapatlah bahwa proses bernalar
atau singkatnya penalaran merupakan proses berpikir yang sistematik untuk
memperolch kesimpulan berupa pengetahuan. Kegiatan penalaran mungkin bersifat
ilmiah atau tidak ilmiah.
Penalaran itu dapat dibedakan sebagai penalaran induktif dan
deduktif. Penalaran ilmiah mencakup kedua proses penalaran itu.
1. Metode induktif adalah metode yang digunakan dalam
berpikir dengan bertolak dari hal-hal khusus ke umum.
2. Metode deduktif adalah metode berpikir yang menerapkan
hal-hal yang umum terlebih dahulu untuk seterusnya dihubungkan dalam
bagian-bagiannya yang khusus.
Sumber : http://okky-ddendud.blogspot.com/2011/10/menulis-adalah-proses-bernalar.html
Tidak ada komentar:
Posting Komentar